Khamis, 9 Jun 2011

bantal kekabu....syokkkk buat tidur!!!!

Untuk kali ini, aku nak kongsi ngan korang semua aktiviti masa lapang aku......

BANTAL KEKABU

buat bantal ni bukan susah sangat pun..... yang penting ada bahan-bahannya. Bahan pertama yang kena ada semestinya kekabu, kain untuk dijadikan sarung kekabu. Itu sahaja. Mudah bukan?!!!!

Kekabu yang telah siap dibuang biji. (terima kasih kepada kawan aku Rohaidah yang sudi tolong aku membuang bijinya. habuannya adalah sebiji bantal untuk anaknya)

Mesin ja hit ini pula digunakan untuk menjahit sarung bantal untuk masukkan kekabu...... (ni mesin jahit mak aku.... pinjam sementara mampu beli mesin sendiri, terima kasih ye mak aku...)

Proses memotong kain untuk dijadikan sarung kekabu.....

Inilah sarung kekabu yang telah siap di jahit...... ni saiz bantal kanak-kanak (bantal anak kawan aku)

Tadi buat sarung kekabu, ini pulak buat sarung bantal.... gunalah kain yang elok sikit, sedap nak buat tidur....

Huhu.... Bantal Kekabu sudah siap... Boleh buat tidur....











Kepada sesiapa yang berminat bolehlah oder ye... hihi

Selasa, 31 Mei 2011

budak kuat jalan...!!!!!!

Haaaaa....jom tengok ni.

Ada sorang kanak-kanak ni nama mak bapak dia bg agak sedap gak lah....

Haziq Zaquan....


Sebenarnya dia adalah anak saudara aku...anak buah pertama lah kate kan,sayang lah kat dia.  Nak cerita pasal anak sendiri belum boleh lagi, maklum lah lum ada rezeki nak ada anak sendiri.  Ok lah,jom kita tengok wajah suci seorang khalifah Allah selepas dilahirkan oleh mamanya yang merangkap kakak aku...


comel kan.....masa ni baby memang tidur saje...

Sepanjang berpantang, memang aku puas tatap muka dia sebab mamanya berpantang di kampung.... Yang penting si Haziq ni memang sangat kuat minum susu.... Malam lagi dia kuat minum susu...Anak sapo lah ni,hihi...

Demam lah pulok si kecik ni...muka simpati je



Sweet je face dia masa tidur.  Kenapa baby kadang-kadang kalau korang perasan lah, time tidur mesti senyum sendiri...Tapi aku suka tengok, Aku dulu mst macam ni jugakkan mak??? (Macamlah mak aku baca blog ni) haha...

Sukanya aku tengok....Bila nak ada baby ni.best je tengok orang lain ada baby,bawak pergi shopping,pergi taman,pergi ...mana-mana ajelah mesti ada baby,BAHAGIA........

Tengok tu!!!! Haziq dah besar.............

Dah besar, dah pandai pegang botol susu sendiri, dah pandai posing........Bantal busuk tak pernah lepas kalau time menyusu,hishhhhhh..Tapi kalau tengah menyusu Haziq ternampak mainan, dia pasti akan campak botol dan terus pergi main....(jangan marah ye mama Haziq)

Budak zaman sekarang......
Tengok lah tu, bukan main lagi dia ..... Senang lenang anak kakak aku ni kan. Dah semakin membesar, lain pulak nampak muka dia. Hensem dah besar ni,  mesti ramai peminat ni. Yang penting dah besar nanti mama dia berharap Haziq jadi doktor. Amin......

gigi dah banyak.....
Bersusun gigi dia, gambar ni masa baru bangun tidur, terus dia carik mainan... Ni tunjuk gigi untuk bagitahu kat mama dia yang dia dah bersedia nak makan KFC.....hihi, tapi Haziq selalu sangat menyalahgunakan gigi dia untuk menggigit mak saudara dia ni....gigit dengan penuh perasaan pulak tu, berdarah tau...

Nampaknye coretan aku sampai sini sahaja lah....belum dapat banyak idea.hihi......

Babai semua.........

hanafara

Popular Posts

 

cinta akustik Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting